Wednesday, 2 October 2013

Ketika wanita menangis

Ketika wanita menangis bukan bererti dia sedang mengeluarkan senjata terampuhnya,melainkan dia sedang mengeluarkan senjata terakhirnya.
Ketika wanita menangis itu bukan bererti dia tidak berusaha menahannya,melainkan kerana pertahanannya sudah tak mampu lagi membendung air matanya.
Ketika wanita menangis itu bukan kerana dia ingin terlihat lemah,melainkan kerana dia sudah tak sanggup berpura-pura kuat.
Mengapa wanita menangis? Tentunya kerana dia juga manusia yang memiliki perasaan,mereka tidak pernah menuntut banyak kecuali hal-hal tertentu,mereka tidak pernah meminta banyak,kecuali pengertian.
Kadang mereka terlihat manja,banyak mahunya atau mungkn di mata lelaki mereka hanyalah makhluk yang menyusahkan.
Tapi ketahuilah mereka masih tetap berdiri teguh meski lelaki telah menghentam mereka dengan banyak rasa sakit yang mendera,
Mereka masih tetap seperti orang yang sama,ketika lelaki berusaha pergi menghindari,lantas datang kembali membawa sejuta rasa, meski mereka dilihat tidak peduli,
Meski mereka dilihat mengacuhkan,tapi percayalah jauh di lubuk hati mereka,mereka punya sejuta doa untuk lelaki" yang di cintainya.
Kerana wanita ditakdirkan untuk berpasangan,bukan untuk menjalani hidup sendirian..
Kerana itulah, Allah mentakdirkan dia sebagai mahluk yang terlihat lemah di luar,namun ia kuat di dalam.
Maka hargailah kehadiran mereka,sekecil manapun ertinya dalam hidupmu (wahai lelaki)..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.